KLIK je mane2 berkenan :

Daftar Kelab Anak-anak mengikut Bulan DISINI



Isnin, 31 Mei 2010

Keputusan TOP 5 Seiras Wajah

Adalah dengan ini diumumkan...
Pemenang TOP 5 Contest Seiras Wajah Musim Kedua.
Dengan kata lain ke 5-5 pasangan dibawah ni adalah penerima hadiah contest nih.


Kategori IBU & ANAK

Kategori BAPA & ANAK

Harap maklum, susunan gambar untuk kedua-dua kategori ni bukanlah disusun ikut No. 1 hingga 5.
Keputusan dah ada, tapi aku tak sempat nak mengarang lagi.
Sempat masukkan gambar ni jek..
Qis dah menjerit2 mintak Upin Ipin. Adeh!

Maaf yer kengkawan.
Insya Allah pepagi esok aku kuarkan result sebenar.

p/s : Apa2pun harap pemenang yg tersenarai kat atas ni boleh emelkan nama, alamat & no, telefon mereka kat untapasir at yahoo dot com.

Menopaus di usia muda ( sebelum 30 tahun) apa puncanya?

Semalam dalam duk surfing2..
aku terjumpa topik dalam satu forum
pasal menopaus.
Ada satu kesah benar dimana seorang kawan ni menopaus sewaktu usianya masih muda, 28 tahun.
Mujur sudah berkahwin dan sudah melahirkan seorang anak.
Dia risau kerana tidak dtg haid lebih 6 bulan.
Dan akhirnya mendapat pengesahan dari  3 orang doktor pakar sakit puan (salah sorangnya Dr Hamidarshat klu korang kenalla), yang dia sebenarnya sudahpn menopaus.
Pasti hancur luluh hati.

Apakah itu MENOPAUS?
Menopaus adalah haid yang terakhir dialami oleh seseorang wanita disebabkan oleh kehilangan fungsi kelenjar ovari dan seringkali berlaku secara semulajadi. Menopaus juga boleh berlaku akibat pembedahan mengeluarkan kedua-dua kelenjar ovari ataupun akibat rawatan kanser seperti kemoterapi dan radioterapi.


Menopaus biasanya berlaku pada lingkungan umur 50 hingga 55 tahun.  Tetapi secara umumnya, hormon estrogen wanita akan menurun sedikit demi sedikit selepas usia 35 tahun

Selain dari sebab musabab diatas, ada sumber yg mengatakan menopaus awal adalah berpunca dari penggunaan 'manjakani'.
Aku tahu nipun dari hasil pembacaan dan juga nasihat salah seorang penjual jamu online yg aku kira agak terkenal juga.
Waktu tu aku masih dalam berpantang selepas lahirkan Qis.
Luka yg aku alami lambat kering dan lepas sebulanpun masih terasa sakit.
Ada kawan2 yg syorkan aku sapu/mkn manjakani.
Tapi bila aku refer dgn akak jual jamu tu, dia sekeras2nya melarang, katanya Manjakani akan mempercepatkan menopaus.
Dan aku perhatikan ubat2an yg dia jualpn mmg takde yg berunsurkan manjakani.
Tapi pelikkan, kat pasaran negara kita produk kesihatan utk wanita khususnya banyak menggunakan 'manjakani' sebagai salah satu ekstrak dalam ubat2an mereka.
Aku ada dengar juga satu kes, sorang makcik ni menopaus akibat pengambilan ubat2 kurus, ubat2 kecantikan tanpa nasihat dari doktor.
Then bila doktor sarankan dia untuk stop makan ubat2 tu.. Alhamdulillah lepas 2 bulan, haid dia datang balik.

Ada pendapat lain yg aku dengar, pempuan kalau lagi banyak dia beranak, lagi lambat dia menopaus.
Sebab time peknen kita selalu 'cuti' dari haid, so kite dah savekn telur2 yg dah sememangnya di fixedkn sejak lahir.
Sejauh mana kebenarannya, akupn tak pasti walaupun kata2 diatas dikeluarkan oleh seorang yg bergelar doktor.

Sebagai antara langkah pencegahan kita digalakkan makan keledek, tomato dan bawang putih.
Kalau boleh minuman2 yg ada ekstrak kacip fatimah, tongkat ali dan yg sewaktu dengannya tu dikurangkan sebab ianya tak sesuai tuk wanita especially yg ada masalah dalaman.

p/s : bermakna aku dah tak boleh minum 'pearl kacip fatimah' la lepas ni..... uwaaaaa faveret tu..

Ada info lain yg mahu ditambah? bole tinggalkan kat kotak komen yer.

Ahad, 30 Mei 2010

Nak Umum Pemenang Contest & Contest Baru Lagi.

Perhatian untuk Finalis Contest Seiras Wajah.
Mesti ke 28-28 pasangan parent & anak ni tengah berdebar2 menantikan resultnyakan.

Dun Wori pengumuman akan dibuat ESOK.
Aku tak dapat janji lagi tengahari atau petang, tengok availability laptop ni..
Kalau Qis tak tengok Upin Ipin, bulehla aku upkan cepat2 result tu.

Satu lagi pengumuman,
aku nak wat contest lagi..
Contest ni terbuka untuk semua
tak kiralah korang dah ada anak, takde anak, dah kawin ke belum kawin ke..
ada blog ke tidak ke..
yg penting kesudian korang join, meneka & memberi idea.

Cinta Sambal Belacan

Semalam abg duk layan youtube lagu2 awie, mus, lefthanded (maklumla kata rock kan)
pastu aku request kat abg nak tengok ade tak lagu alleycats.
tajuk dia aku tak tau..
tp bile aku nyanyi
"cinta itu boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan.."
terus abg angguk2 n kata dia penah dengar lagu tu.. mmg ade..

ekceli lagu ni aku festime dengar dalam cite Lady Boss..
korang ade tgk tak?
lagu ni Yusry ngan apek nyanyi kat Bus Stop.

Cari punye carik..
akhirnya jumpe
and rupenye tajuk lagu tu 'Cinta Sambal Belacan'

Harini aku try lak search lirik dia..
search punye search..
aku termasuk satu forum ni..
baca punye baca..
tetibe kat bawah tu tulis kredit to Missmanja.
eh cam nick aku jek.. (dulu aku mmg gunakan id 'missmanja' skang dah tukar jadi 'ummiabbiqis')
aku baca balik posting kat situ..
eh betullah...
ni posting/ entri aku pasal filem Lady Boss kat blog lame aku.
laaaa ade orang copyrite rupenye entri aku tuh..
tak sangka tul..
tp seb jugak dia tulis kredit kat aku.. wlupun tak berserta link blog..
Ni link forum yg mengopy repekan aku tuh..

Eh sebenarnye tujuan asal aku buat entri ni nak tanye korang kot sape2 ade lirik penuh lagu Alleycats nih...
tp dah termelencong cite pasal copyrite entri plak..


Cerita pasal sambal belacan plak..
kenapa ekk aku rase sambal belacan skang ni especially kat kedai2 makan dah tak sekick dulu?

Sabtu, 29 Mei 2010

Protege Mentor Musim Ke 4


Dah habis AF, layan MENTOR 4 plak..

Mentor :
Azmeer
Nama Penuh :
Nurhadzwani Binti Salleh
Nama Panggilan :
Nani
Warganegara :
Malaysia
Bangsa / Agama :
Melanau / Islam
Umur :
24






Mentor :
Mus May
Nama Penuh :
Haimie Bin Napsun
Nama Panggilan :
Ayim
Warganegara :
Malaysia
Bangsa / Agama :
Melayu / Islam
Umur :
19







Mentor :
Joe Flizzow
Nama Penuh :
Ila Damiaa bt Johar
Nama Panggilan :Ila
Warganegara :Malaysia
Bangsa / Agama :Melayu / Islam
Umur :21

Mentor :
Dayang Nurfaizah
Nama Penuh :
Adi Hamiz bin Johar
Nama Panggilan :
Adi
Warganegara :
Malaysia
Bangsa / Agama :
Melayu / Islam
Umur :
23






Mentor :
Mas Idayu
Nama Penuh :
Mohd Shabini bin Ibrahim
Nama Panggilan :
Shaq
Warganegara :
Malaysia
Bangsa / Agama :
Melayu / Islam
Umur :
25






Nama Penuh :
Mohd Izwan Bin Mohd Nor
Nama Pentas :
Mohd
Mentor :
Ziana Zain
Tarikh Lahir :
8 Oktober 1988
Asal :
Johor Bahru










Boleh tahan jugakla sore diorang ni seme..
selain dari bakat yg sedia ada pada diri masing2,
derang dilatih secara one to one oleh mentor masing2..
mentorpun bukan calang2la kan..
tp kalau compare dgn last year (selain black) rasanya this year punye lagi besh kot..

Tapi dalam ramai2 ni... aku suka Protege Joe.. iaitu ila..
Selain imej dia bertudung, sore dia pun aku suke..
Nani ngan Adipun aku suka.
Nani sore dia unik. Adi plak sore dia pada aku sangat2 sedap didengar.

Tapi aku tau mesti ramai penonton minat dengan Ayim.
Biasa rocker2 ni senang dapat tempat dihati peminat.
Contoh terdekat, abgla..
dia suke Ayim, dia kata sore Ayim besh.. pulak tu dpt mentor Mus.
Dari pendengaran aku biasek jek..
Rock2 ni bukan jiwa aku hahahaha...
Shaq??? sorila... tak sesuai..
Mohd plak.. protege baru Ziana Zain tu..
masih awal lagi nak dinilai tp klu base konsert pertama dia aritu..
sore dia kategori biasa jekla..
cuma aku suke tengok muka dia cam Adiputra hahahaha..
sape setuju?? ke mata aku sorang je nampak begitu...?

Paling kesian aku tengok Nani..
Rase cam Azmeer tu garang betul la..
siap warning, kalau nani tak buat betul2, dia tak nak mai konsert.
huhuu...
Yg Mas Idayu plak..
asik dengan belt dia jekla..
bosan plak aku tengok..
kenapa tah this year muka dia lg jadi mentor..
aritu dia nangis.. sebab frust persembahan Shaq teruk.
Ziana zain pun boleh tahan garang..
pastu skang dah jadi kontroversi sebab ade yg tak puas ati dia tukar protege last minit especially dari kaum keluarga protege lama dia (Thalia).. apepun alasannya.. lantaklah..
Mentor paling bes dah tentula Joe & Dayang..

Pantang larang Masa Mengandung

Walaupun aku ni dah dikira penghujung kehamilan, tapi rasanya tak salah atau tak terlambat tuk aku kongsikan benda ni.

Dalam masyarakat melayu kita amnya, pantang larang masih menjadi ikutan. Macam aku plak, pantang larang ni banyak kat sebelah suami, sebelah aku tak berapa sangat amalkan, ada tidakpun masa dalam pantanglah.

Antara pantang larang sewaktu mengandung yg aku copy dari sini :-

  •  Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua da selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.
  • Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.
  • Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
  • Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
  • Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.
  • Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
  • Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
  • Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.
  • Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.


Selain ibu mengandung yg kena pantang pantang ni, suami pun kena juga pantang, contoh pantang larang yg ada untuk suami plak

  • Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.
  • Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.
  • Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.


Antara lain pantang-larang yg aku pernah dengar plak :-

  • Tak boleh mengikat, tak kira la tali ke getah ke... dikhuatiri nanti bayi dalam perut terbelit tali pusat.
  • Suami tak boleh memancing waktu isteri mengandung, takut mulut bayi sumbing
  • Tak boleh tengok benda-benda pelik/ menakutkan nanti terkenan kat baby
  • Tak boleh pakai kain batik mula dari atas takut bayi songsang.

Dan banyak lagila, tak ingat.. hehehe

Korang lak macamane? Jom kongsikan disini pantang larang yg korang tahu.

Jumaat, 28 Mei 2010

Sawan Tangis aka colic aka Kembong bayi


20 Peratus bayi baru lahir alami sawan tangis

Colic atau tangisan yg lama, kerap bukan penyakit tetapi perkara biasa berlaku pada kanak-kanak. 
Pertama kali mempunyai anak kecil, tentu sekali memeningkan kepala ibu bapa muda. Apatah lagi, anak kerap menangis, diberi susu tidak mahu, didukung tidak mahu. Kerap kali apa yg diberitahu doktor, anak kecil itu berhadapan 'colic'.

Lebih menggusarkan hati apabila doktor memberitahu colic atau sawan tangis atau kerap disebut masyarakat Melayu sebagai kembung perut adalah perkara biasa dikalangan bayi. Terbayang diminda, esak tangis anak yg perlu dilayan saban malam hingga memendek masa tidur ibubapa.

Colic boleh menyerang setiap hari atau sekurang2nya tiga hari dlm seminggu. Setiap kali menangis, ia mungkin berterusan melebihi 2 hingga 3 jam. Apa sebenarnye colic? Benarkah ia perkara biasa dikalangan bayi?
Pakar Kanak2 Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC), Dr Noor Aziah Mohd Saari, berkata tiada yg lebih menggusarkan ibubapa selain bayi yg baru lahir menangis tidak henti2 walaupun hakikatnya bayi akan menangis.

Aku copy dari artikel kat web ni..
tapi bukan semuala.. nak baca entri penuh boleh baca kat sana.

Memandangkan aku tinggal sebulan lg nak melahirkan..
jadi entri2 semenjak 2 menjak ni mmg cite hal baby dan kelahiran ajela.. hehehe..

Bercerita pasal colic atau kembong ni..
Qis dulu mmg aku boleh kata kategori teruk jugakla kembong dia..
pasal tak menyusu badankan..
klu menyusu botol..
ade yg terkejut bile tengok qis menyusu sekurang2nye 2 botol untuk sekali susuan.

Dia mmg kerap menangis
menangis sambil 'terik' perot..
'terik' ni ikut loghat nenek akula org tganu..
tak silap aku maksud dia lebey kuwang cam kite kembongkan perot..
jadi bile dia 'terik'
pusat dia terjojol..
mmg tak cantekla dan kesian juga tengok qis..
pasal pusat dia terjojolkn..
nenek aku cakap takpe..
nanti bile da pandai meniarap.. pusatnye masuk balikla..
tp sebenrnye klu ikutkan smpai skangpun still terjojol cuma dah kurang..
kadang malu juga nak biarkan qis berlengging sebab pusatnye tu..
penah terdetik jugak takut pusat terjojol tu kesan pada penyakit2 len..
tp so far aku tengok qis sehat, jarang sakit demam.
walaupun bertubuh kecil tp dia kanak2 yg bijak & mudah diajar.

Masa baby dulu..
asal maghrib je nangis..
risau jugak..
lepas nangis2... tido..
sampai la ke pagi..
tak susah sangat nak jaga dia waktu malam..
pasal dia tido..
dia merengek mintak susu.. menyusupun pejam mata..
pastu sambung tido..
Ade satu nenek kat kg tu cakap Qis kene sawan tangis..
aku mase tu cam menyampah jugak dengar..
asik2 kata anak aku sawan..
pasal mase tu aku tak tau sawan tangis tu ape..
aku ingat bile sebut 'sawan' penyakit keturunanla tuh..
dalam hati beriya2 nafikan keturunan aku takde 'sawan'
rupenye sawan tangis ni normal tuk budak2 baru lahir huhuu..

Khamis, 27 Mei 2010

Adikku Positif Denggi

Dari minggu lepas lagi Kimy dah demam.
Demam panas kata ayah sampai terpaksa ke hospital
sebab dah beberapa hari beri ubat klinik tak jalan.
Masuk ubat montot kebahla kejap.
Tapi pastu demamnya datang balik.
On & off.

Ahad, ayah pula demam siap menggigil2 badan.

Isnin, ayah sms bitau dia ngan kimy nak ke hospital lg.
Demam masih belum kebah.
Beberapa jam lepas tu,
ayah beritau Kimy saspek Denggi, tp ayah tak ape2..

Selasa, masih ke hospital untuk ujian darah.
Dan ternyata Kimy positif denggi.
tapi tak ditahan wad.

Sampai ke harini Kimy masih perlu berulang alik ke hospital utk amik darah.


Sedih dan kesian aku kat Kimy.
Dah la dia tu kecik lagik.
Harap Kimy cepat2 sembuh.
Walaupun aku jarang jumpa dia
Kurang mesra dengan dia
tapi aku tetap sayang dia
sebab dia tetap darah daging aku.
Adik kandung aku wlupun berlainan ibu.


Aku checkup petang ni
so ini entry autopublish.
Kedai tutup sementara aku ke klinik.
Ayahpun tak dapat cover sebab duk ngantar kimy ke hospital.
Ibu dah seminggu cuti jaga Kimy.

Qis (9 bulan), Kimy (6 bulan) & Ayah
waktu ni qis macam budak lelakikn?

Tips memberi nama anak yang baik

Semalam aku post pasal pilihan nama2 anak.
Harini nak cerita pasal tips memberi nama anak plak

1. Beri nama yg ertinya baik
- Nama adalah doa, jadi jangan berikan nama anak dengan makna yg buruk/ tidak elok. Jangan suka-suka je bagi name, takut dah besar nanti dia protes dengan nama dia sendiri, tak suka dsbnya pastu sanggup naik mahkamah angkat sumpah tuk tukar nama saje. Teringat ade sorang artis glemer yg tukar nama asalnya kepada nama lain.

2. Nama yang indah dan mudah diucapkan.
- Biarlah nama anak kita tu bile didengar orang, orang suka dan membayangkan benda2 yg baik atau positif tentang anak kita.

3. Tahu jatidiri anak.
- Namapun janganlah sampai mengelirukan orang. Bila sebut nama, orang dah tau dia lelaki atau perempuan. Elakkan beri nama Dian untuk bayi lelaki ataupun Dani tuk bayi perempuan. Cth macam nama Fairuz/Farhan. Lelakipun pakai name tu, perempuan pun pakai nama tu. kan ke konfius tu...

4. Jangan terlalu panjang atau susah nak eja.
- Zaman sekarang ni ibubapa gemar berikan nama anak yang panjang2. Nak tulis nama dalam borangpun tak muat. Nametag sekolah terpaksa diletak nama yg pendek. Kalau boleh janganla terlalu panjang. Paling panjangpun cukupla 10 sukukata (Nur Anesya Qistina - baru 7 sukukata). Nak amik exam sok.. makan masa nak tulis nama jek. (Sama macam kes abg, menangis2 tulis name, marah kat MIL kononnnya name dia panjang sangat padahal Hairul Nizal je)

5. Nama yang jarang dimiliki orang dan bukan yang terlalu glemer.
- Hindari nama yang dah bersepah kat market dan juga nama orang2 glemer cam Siti Nurhaliza ke Anita Sarawak ke Asmawi Ani ke. Takut kalau terjadi apa2 kat artis atau orang terkenal tu, kesannya mungkin terpalit kat anak kita juga.. Contoh artis amik dadah ke.. (aku penah daftarkan simcard baru tuk sorang budak nama dia Erra Fazira hehehe)




Kredit tuk penulis artikel ni. Ekceli artikel ni asalnya dalam bahasa Indonesia, tapi aku dah tukar ikut bahasa kita orang Mesia.. Tak baik plak amik hasil karya orang tanpa beri kreditkan.

Kawan Baik

Memperkenalkan...... inilah satu-satunya kawan baik anak saya.
Nama dia Husna.
Tapi Qis panggil 'Tuna'
Husna ni lebey tua dari Qis
Dah 3 tahun ++ (Bulan 8 ni 4 tahun).
Dia rajin datang kedai aku dan bermain dengan qis.
Siang ke malam tak kesah.

Nilah aktiviti mereka selalunya.
Main blok.

 
tak penah gado2.. or rebut2 barang..

Lepak & main atas tilam qis..
ah gediknya anakku tersengih begitu.
Husna lak tercengang, pelik aku snap gambo diorang gaknyer..

Qis tetap dengan pose gediknya..
Husna baru belajar nak senyum.
kadang bile tengok derang berdua nih ade yg kata kembar..
padahal Husna jauh lebih besar dan tinggi dari Qis.

Wah Husna plak yg over!
Qis pndang jek..
Bile dah main sepah2 camni..
aku suh qis kemas balik..
dia reti kemas..
tu yg aku tak risau sangat dia nak sepah cemanepun.

Last pose..
yg ni aku tak pulak suh derang duduk berdua rapat camni..
derang pandai2 susun pastu suh aku snap..
tp bukan derang tgk kamerapn..
nak2 qis.. tak abis2 tersengih...

Rabu, 26 Mei 2010

bebel pasal duit


Tak tau ape nak diup kan arini..
nak cite pasal qis tp gambo tak dapat nak tepek..
tertinggal memory reader..

so aku nak bebel2 jekla..
dah lame jugak nak bebel hal ni
ekceli bukanler masalah besarpn..

Kedai aku ni kedai kecik jek..
jual topup.. berapa sangatla kan..
tak same cam kedai runcit..
tp yg kadang2 menyebalkan aku..
bile takde duit kecik..
baru bukak pepagi buta..
customer hulur RM50..

Terus terang mmg kami tak sediakn duit kecik..
pasal hasil jualan semalam.. semuanya kene bankin..
coz hari2 ayah perlukan duit tuk beli brg..
yg tinggal cumelahh duit singgit ngan RM5 yg takleh masuk cash deposit machine..

Sumtimes yg sakit ati tu..
Topup RM3.. tp hulur RM50..
adoyaiii...
sakit ati tengok kes2 camni..
aku sengaja balikkan dia duit singgit2..
jahatkan aku?

Pastu lg pelik..
kedai2 runcit kat sebelah ni pun datang kedai aku mintak tukar RM50 kepada RM10-RM10
klu ade banyak bulehla kasi..
ni kadang ade 8 kepingpun dia mintak jugak..
aku bagik je ler..
mujurla duit RM10 ni cepat beranak..
derang selalu pesan... klu nak tukar datang kedai derang..
masalahnya.. aku ni malas nak menapak..
nak tinggal kedai kosong..
dgn aku yg tengah peknen ni.. lagiler..
kirenye mmg jarang benarla aku mintak tukar ngan diorang..

Seperkara lagi pasal duit koyak..
kadang aku bile terima duit dari customer..
jarang nak cek koyak ke berconteng ke tak..
aku terima jek..
kadang bile depan mata nampakpun duit tu koyak..
aku still terima..
tp bile turn aku nak pulangkan duit..
mengada2 plak customer tu tak nak..
mintak tukar len..
padahal same jek..
nanti2pun duit tu di belanja jugakkan..
cube klu duit tu disoletape..
eh derang amik plak..
bukan susahpun soletape..
apela diorang ni..

Penah satu ketika..
customer tanye aku..
"balik duit camni laku ke kak?"
aku terpinga2..
dua tiga kali dia tanye..
tp aku still tak paham..
tak taula ape masalah duit tu..
koyak ke berconteng ke..
aku tengok duit RM5 tu elok jek..
ke dia tak suke..
sbb aku patutnye balikkan RM30 (RM10-3 keping)
tp aku balikkan dia RM10 dua keping ngan RM5 dua keping
klu ikut nilai same je kan..
sebab kekurangan duit RM10, so terpaksala buat camtu..

Kadang bile da takde duit RM5/RM10..
terpaksala balikkan RM1 sampai berbelas2 keping..
ade yg komplen tak nak duit RM1..
alasan nanti dompet derang tebal..
alahai.. RM1 pun duit jugak..
still bole dibelanja..
apa masalahnya??
bukannya klu bagi duit RM10 - ko akan framekanpun kan?
tu kira ok lg..
klu aku balikkan ngan duit syiling..
tak menangis ko kutip sekeping2???
ish ish ish..

Sabar ajela ngan kerenah diorang ni..

Dah tu jek aku nak bebel... hahahahhaa

Pilihan Nama-Nama Bayi Yang Menarik dan Baik Maknanya

Masa peknenkan Qis dulu..
aku suka tengok senarai2 nama bayi dengan maksudnya sekali.
Memang sekarang ni ade macam2 nama yg unik tp mestila dengan maksud yg baik2kan.

Waktu tu sebab dah scan and tau baby girl..
so aku ngan abg cari name2 girl jela..
kitorang mmg tak prepare name lelakipun..
dan seperti yg dijangka..
yg keluar betul2 girl..

Aku suke name yg ade huruf 'Q'...
Name yg aku plg suke plak Qistina..
mula dulu abg tak suke..
sebab katanya macam bunyi Kristian.
tp bile dia tengok dalam macam2 aznil dalam tom2 bak da ramai guna name Qistina..
dan diapun da tengok ape maksud name tu, barula dia ok..
tp tu name belakang..
Name depan Nur ....... ???
lame juga kami mencarik.. semuanya tak kena
akhirnya sehari sebelum aku masuk hospital baru la name Anisha dipilih.
Tp lepas Qis lahir..
aku tukar ejaannya jadi Nur Anesya Qistina.

For this time plak..
Same jugak..
aku nak name yg ade 'Q'
tp olekerana aku tak tau lg boi ke girl..
jd aku nak prepare dua2 sekali..

Ni antara senarai yg aku ada..
ape kata korangpun tolong aku pilihkan name yg besh...

Senarai bawah ni aku amik kat website ni

Nama2 lelaki

Qa'idPemimpin
QabusOrang yg gagah, tampan dan baik kulitnya
Qadirable, powerful
Qaidqaayed-leader
QaiserRaja
Qani'Puas
QarinYang dekat, teman
QashidYang menuju pd kemudahan
QasimDivider, distributor
QaulalhaqPerkataan yang benar
QaysFirm
QiyamanPokok kehidupan
QobusLelaki berwajah tampan
QoidPemimpin
QosiimYang molek, bagian
QosimGanteng, yang membagi
QudamahCourage
Qudsholiness, sanctity
QuraisySuku bangsa arab asal Rasulullah SAW
QushayyiJauh pemikirannya, nama nenek moyang Nabi Quthb,
QutaybahIrritable, impatient
QutubPemimpin, kutub


Nama2 Perempuan

Qa'niahMerasa puas dan rela
QaireenKebaikan
QairinaKebaikan
QaisaraPermaisuri
QaisarahPermaisuri
QamarBulan
QamariyahBerdasarkan bulan
QanitahTaat, berbakti, sholat lama berdiri
QariahPembaca
QaribahDekat
QarirahPandangan yg sejuk
QasamahKeindahan dan kecantikan
QasrinaIstana
QatrunnadaTetesan embun
QiblahTempat sholat
QiladahKalung, perhiasan
QimahHarga sesuatu, kadarnya
QismahBagian, nasib
QistinaKeadilan
QisyaHidup dalam keadaan baik. Varian dari Aisha.
QithmirKulit ari
QoidahPemimpin
QomarBulan
QomariahBerdasar bulan
Qoni'ahMerasa puas dan rela
QonitahTaat, Berbakti, Shalat lama berdiri
QoriahPembaca
QoribahDekat
QorirahPandangan yang sejuk
QosamahKeindahan dan kecantikan
QubilahConcord
Qurratu'ainSedap dipandang mata


Kat bawah ni plak dari website ni

Nama baby boy


Qabil
قابیل
 Son of Adam.  
 
Qabool
قبول
 Accepted, accreditec, appreciated.  
 
Qadeer
قدیر
 Able, powerful, mighty, one of the names of Allah.  
 
Qadim
قدیم
 Ancient.  
 
Qadir
قادر
 Able, capable, powerful, might. One of the names of Allah.  
 
Qahir
قاھر
 Conqueror, subduer.  
 
Qaid
قاﺋد
 Leader, commander.  
 
Qaim
قاﺋم
 Upright, independent, one who performs.  
 
Qais
قیس
 Measure, measurement, firm, example.  
 
Qaiser
قیصر
 Caesar.  
 
Qalandar
قلندر
 One who lives in solitude.  
 
Qamar
قمر
 The moon. Al-Qamar: title of 54th sura of Quran.  
 
Qamaruddin
قمرالدین
 Moon of the religion (Islam).  
 
Qani
قانع
 Content, Satisfied.  
 
Qanit
قانت
 Obedient, submissive, humble, God-fearing.  
 
Qareeb
قریب
 Near.  
 
Qaseem
قسیم
 Distributor  
 
Qasid
قاصد
 Messenger, courier.  
 
Qasidul Haq
قاصدالحق
 Courier of the Truth i.e. Allah.  

 
Qasim
قاسم
 Distributor, divider.


Name baby girl

Qabalah
قباله
 Responsibility; Name of narrator of Hadith, daughter of Yazeed.  
 
Qabila
قابله
 Able, wise.  
 
Qabool
قبول
 Accepted. An early woman, daughter of Abdullah, freed slave of al-Mustanjid Billah.  
 
Qadira
قادره
 Powerful, able.  
 
Qahira
قاھره
 Overpowering, victorious.  
 
Qaifa
قاﺋفه
 Estimater.  
 
Qailah
قاﺋله
 One who speaks.  
 
Qaima
قاﺋمه
 Bestower.  
 
Qamar
قمر
 Moon.  
 
Qamar Jahan
قمر جهاں
 The moon of the world  
 
Qamarun Nisa
قمرالنساء
 Moon of the women.  
 
Qamayr
قمیر
 Daughter of Amr al-Khufiyah, wife of Masrooq, she was a narrator of Hadith.  
 
Qameer
قمیر
 Wife of Masrooq bin al-Ajda daughter of Amr al-Kufiyah, she was a narrator of Hadith.  
 
Qamra
قمراء
 Moonlight, moonlit, bright; fem. of Aqmar.  
 
Qanaat
قناعت
 Patience.  
 
Qaniah
قانعه
 Contented.  
 
Qantara
قنطره
 Small bridge.  
 
Qaraah
قرعه
 Cloudlet; A kind lady of the Hijaz had this name.  
 
Qareebah
قریبه
 Near.  
 
Qaribah
قاربه
 Name of a woman scholar, Umm al-Buhlul, of Banu Asad.




Selain tu kat sini pun bole cari :-
http://namabayi1000.blogspot.com
http://www.darulnuman.com

dan banyak lagikla klu korang rajin search.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Abbi n Ummi Special day

Community